PENDEKATAN , KEKUATAN DAN KELEMHAN

KONSEP PENDEKATAN

 Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya.

Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.

 Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.

 Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak. Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.

 Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan. Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Hal ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baharu. Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

 Pendekatan Induktif

 Pendekatan Indukif ialah pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian membuat generalisasi dan kesimpulannya. Maksudnya di sini ialah menggunakan pendekatan dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid-murid kemudian murid-murid akan berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum yang berkaitan dengan contoh tersebut. Perkara ini dapat membimbing murid-murid memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting yang terkandung dalam setiap contoh itu. Dengan cara ini, murid-murid mudah ingat dan faham dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori atau kesimpulan umum tersebut murid mudah mengingati dan mengaplikasikannya semasa menjawab peperiksaan.

Pendekatan Deduktif

Pendekatan kedua ialah pendekatan Deduktif.

 Pendekatan Deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus.

Guru memberikan rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu kepada murid dan mengajarnya kepada murid sehingga murid memahami, kemudian murid akan mengaplikasikannya atau menggunakannya sebagai proses menyelesaikan masalah dalam Matematik. Kadang kala pendekatan deduktif ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau generalisasi yang baharu daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang telah diketahui. Maksudnya di sini ialah daripada rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan tertentu, murid-murid dapat memahami sesuatu yang baharu. Mereka mungkin memperoleh idea yang baharu bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Daripada idea atau pemahaman yang baharu itu boleh dibentuk rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang baharu asalkan tidak terpesong daripada konsep masing-masing. Dalam pendekatan deduktif ini, guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat hukum, prinsip, teorem atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baharu.

 Pendekatan Eklektik

 Seterusnya ialah pendekatan eklektik. Pendekatan ini adalah satu pendekatan yang diwujudkan hasil daripada gabungan dua atau beberapa pendekatan. Segala ciri-ciri baik yang terdapat dalam pendekatan tertentu akan digabung dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tertentu.

Pendekatan ini sesuai digunakan untuk kelas-kelas yang terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.

 Pendekatan eklektik juga digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja. Pendekatan Komunikatif Berikutnya ialah pendekatan komunikatif. Pendekatan ini berfokuskan kepada aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, pendekatan ini menekankan makna di dalam proses pengajaran. Dialog yang digunakan adalah tertumpu pada fungsi komunikasi sahaja. Di dalam pendekatan ini, konteks dan situasi sangat dipentingkan. Pada masa yang sama, percubaan untuk berkomunikasi amatlah digalakkan. Terjemahan boleh diterima dengan syarat murid-murid mendapat faedahnya.

Bahasa pula diperolehi melalui proses cuba dan ralat. Selain daripada pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik dan pendekatan komikatif, terdapat juga pendekatan-pendekatan seperti pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.

Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

 Posted by Liza Izsan at 21:44 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Labels:

Pendekatan Kekuatan dan Kelemahan Setiap Pendekatan Pembelajaran

 KEKUATAN DAN KELEMAHAN SETIAP PENDEKATAN PEMBELAJARAN

 Pendekatan berpusatkan murid Kekuatan Dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar kerana murid semua murid terlibat dalam kelas. Menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana murid dapat menyampaikan idea secara bebas. Dapat memahami minat murid dengan lebih mendalam dengan ini mudah bagi guru dalam proses pengajaran. Interaksi guru dengan murid akan lebih lancar dengan guru memberikan fokus sepenuhnya kepada murid. Banyak masa diperuntukkan untuk aktiviti murid sahaja. Murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran mereka. Guru dapat mengetahui tahap kemampuan murid. Kelemahan Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian kepada tiap-tiap murid. Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh. Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai. Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan tidak bagus. Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa dalam proses pembelajaran. Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi Aktiviti yang dapat dijalankan : Lakonan Pidato Wawancara Dialog Nyayian Tarian Kuiz Pendekatan berpusatkan bahan Kekuatan Pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang seronok. Menarik minat murid untuk memberi lebih fokos terhadap pembelajaran dalam kelas dengan memberi tumpuan yang sepenuhnya. Membuatkan murid memberi perhatian sepenuhnya terhadap guru. Interaksi berlaku antara guru dengan bahan pengajaran atau murid dengan bahan pengajaran Objektif pelajaran tercapai kerana dengan penggunaan bahan pelajaran murid akan dapat menguasai kemahiran dan kecekapan dengan menggunakan bahan. Bahan dapat digunakan sepenuhnya dalam langkah pembelajaran. Penggunaan bahan dapat membina kemahiran yang ada setiap murid. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah berkumpulan yang melibatkan bahan pembelajaran. Aktiviti yang dapat dijalankan : Membaca menggunakan buku teks. Murid menggunakan kad kerja untuk Kotak beracun Kerusi muzik Muzik berirama Pendekatan berpusatkan projek Kekuatan Pembelajaran dalam kelas lebih aktif. Sifat kepimpinan murid dapat dibentuk. Memupuk nilai murni dalam murid dengan sifat tanggungjawab,hormat-menghormati, sopan santun, kerjasama antara kumpulan dan sebagainya. Murid-murid lebih mengenali antara satu sama lain. Memperkembangkan daya kreatif murid dan memperluaskan pengalaman murid semasa menjalankan projek. Membantu murid bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek. Murid memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika dapat menyelesaikan projek. Kelemahan Aspek keselamatan. Kawalan murid tidak dapat diberi perhatian sepenuhnya. Masa yang terhad diperuntukkan untuk menjalankan projek kadang kala tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya semasa dalam pembelajaran dan pengajaran. Guru perlu memberi bimbingan kepada murid untuk memastikan mereka tidak terkeluar daripada hasil pembelajaran yang hendak dicapai.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment